Skip to main content

TRAGEDI PERCUTIAN-LABUAN



Junaidi Ladjana
junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Labuan: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang juga penuntut jurusan perubatan universiti di Russia maut selepas kereta Nissan Skyline dipandunya terbabas dan merempuh pokok di Jalan Bukit Timbalai, di sini, jam 12.40 tengah malam semalam.
Joshua Shak Gin Vui disahkan mati di lokasi akibat parah di badan dan kepala. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bercuti dan pulang ke kampung halamannya di Labuan bagi menyambut Tahun Baru Cina.
Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, siasatan mendapati mangsa memandu dari Kampung Sungai Miri ke pusat bandar.
“Tiba di lokasi, kereta dipandunya hilang kawalan selepas melalui selekoh dan terbabas sebelum merempuh pokok. Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dikeluarkan anggota bomba.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Nukleus Labuan untuk proses selanjutnya,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Adzhar berkata, seorang wanita yang juga peniaga maut apabila pacuan empat roda Toyota Land Cruiser dipandunya terbabas dan merempuh pokok di Jalan Tun Mustafa di sini, jam 5.40 pagi semalam.
Lau Mee Ling disahkan mati di lokasi oleh anggota paramedik Hospital Nukleus Labuan akibat parah di kepala dan badan.
“Siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari bandar menuju ke Pohon Batu. Tiba di lokasi, mangsa gagal mengawal Toyota Land Cruiser sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh pokok.
“Mayatnya dibawa ke Hospital Nukleus. Kes turut disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 6:45 AM

Comments

Popular posts from this blog

LABUAN NEWS - KEJADIAN DI JALAN ARSHAD 21 July, 5:45pm.

LABUAN: kemalangan berlaku di jalan arshad kereta terbabas di percayai hilang kawalan ketika pemandu ingin memasuki simpang. Pemandu dan penumpang selamat dan tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Hati-hati di jalan raya.

LABUAN - Bekas pengarah JKR mengaku tidak bersalah [METROTV]

Syah Rul Aswari Abdullah srul@hmetro.com.my BEKAS pengarah JKR Labuan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini, bagi menghadapi dua dakwaan salah guna kuasa membabitkan nilai hampir RM8,000 pada 2015. Tertuduh, Ismail Che Ros, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Abu BakarManat. Ismail dituduh menerima suatu benda berharga tanpa balasan iaitu pakej penginapan dan golf bernilai RM2,880.90 di Sutera Harbour Resort, di Kota Kinabalu, daripada seorang kontraktor pembinaan jalan raya. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima suatu benda berharga tanpa balasan iaitu wang tunai RM5,000 daripada kontraktor yang sama. Perbuatan itu dilakukan walaupun mengetahui bahawa kontraktor terbabit mempunyai kaitan dengan tugas rasminya membabitkan projek pembinaan jalan pintas Kampung Gersik, Labuan. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, antara 5 dan 7 Ogos 2015...

RUNNING MAN EPISODE 362

RUNNING MAN EP 362 Show: Running Man Ratings:           1206 Stars | 252 Rates Guest(s): Park Seo Joon, Kang Ha Neul Cast(s): Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Ha Ha, Song Ji Hyo, Lee Gwang Soo, Yang Se-chan, Jeon So-min Subbed by: VIU Aired on: 06-08-2016