Skip to main content

LABUAN - Bekas pengarah JKR mengaku tidak bersalah [METROTV]



Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

BEKAS pengarah JKR Labuan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini, bagi menghadapi dua dakwaan salah guna kuasa membabitkan nilai hampir RM8,000 pada 2015.
Tertuduh, Ismail Che Ros, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Abu BakarManat.
Ismail dituduh menerima suatu benda berharga tanpa balasan iaitu pakej penginapan dan golf bernilai RM2,880.90 di Sutera Harbour Resort, di Kota Kinabalu, daripada seorang kontraktor pembinaan jalan raya.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima suatu benda berharga tanpa balasan iaitu wang tunai RM5,000 daripada kontraktor yang sama.
Perbuatan itu dilakukan walaupun mengetahui bahawa kontraktor terbabit mempunyai kaitan dengan tugas rasminya membabitkan projek pembinaan jalan pintas Kampung Gersik, Labuan.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, antara 5 dan 7 Ogos 2015.
Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, dendaatau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Abu Bakar menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melapor diri sebulan sekali di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, manakala pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Rozana Abdul Hadi, manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela Zahir Shah.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Jun 2017 @ 12:23 PM

Comments

Popular posts from this blog

RUNNING MAN EPISODE 357 - FREE WATCH

RUNNING MAN EPISODE 357 WATCH HERE IF THE VIDEO HAD BEEN REMOVE => CLICK <= Show: Running Man Ratings:           2931 Stars | 650 Rates Guest(s): Hong Jin-young, Lee Sun-bin, Lee Tae-hwan (5urprise), Oh Ha-young, Son Na-eun (Apink), Son Yeo-eun Cast(s): Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Ha Ha, Song Ji Hyo, Lee Gwang Soo, Yang Se-chan, Jeon So-min Subbed by: VIU Aired on: 02-07-2017

LABUAN NEWS - KEJADIAN DI JALAN ARSHAD 21 July, 5:45pm.

LABUAN: kemalangan berlaku di jalan arshad kereta terbabas di percayai hilang kawalan ketika pemandu ingin memasuki simpang. Pemandu dan penumpang selamat dan tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Hati-hati di jalan raya.

RUNNING MAN EPISODE 333 (SONG JI HYO)

RUNNING MAN EPISODE 333 (SONG JI HYO) Show: Running Man Ratings:           4346 Stars | 971 Rates Guest(s): none Cast(s): Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Ha Ha, Song Ji Hyo, Lee Gwang Soo Subbed by: VIU Aired on: 08-01-2017