Skip to main content

KORBAN NYAWA DEMI NYAWA

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

PEMANDU lori tangki bawa muatan asid maut selepas kenderaannya terbalik ketika mengelak kereta di KM251.6 lebuh raya PLUS, arah selatan dekat Plaza Tol Senawang, awal hari ini.
Surazru Mohamed Sakeri, 37, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala muatan 25,000 liter asid yang dibawanya turut tumpah di tempat kemalangan.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Vios dari arah Seremban ke Johor dipercayai hilang kawalan dan terbabas, pada kira-kira 3 pagi.
Keadaan itu menyebabkan menyebabkan lori tangki yang berada di belakang kereta itu mengelak tetapi terbalik.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Zainurin Sharif, berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.22 pagi.
Menurutnya, empat jentera dengan kekuatan 20 pegawai dan anggota termasuk Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) terbabit dalam operasi itu.
"Bomba tiba di lokasi 10 minit kemudian dan segera mengeluarkan pemandu lori tangki yang tersepit. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia.
"Dua wanita berusia 30-an iaitu pemandu dan penumpang kereta cedera.
“Mreka mengadu pening. Mungkin terhidu asid. Mereka kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk rawatan," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, mayat mangsa turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.
Difahamkan, kerja pembersihan tumpahan asid masih dijalankan di lokasi kejadian oleh pasukan HAZMAT.
Kenyataan PLUS
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan Senawang-Pedas Linggi ditutup kepada semua kenderaan pada ketika ini berikutan kemalangan sebuah lori muatan asid di KM256 (Arah Selatan) pagi ini.


Bagi memastikan keselamatan semua pengguna dan membantu kerja-kerja pemeriksaan dan pembersihan dijalankan oleh pihak berkuasa seperti Bomba dan Jabatan Alam Sekitar, laluan di antara Senawang ke Pedas Linggi terpaksa ditutup kepada orang ramai.
Justeru itu, orang ramai yang menghala ke Selatan dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Senawang, Seremban atau Nilai dan menggunakan laluan alternatif sebelum masuk semula ke Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Plaza Tol Pedas Linggi.
Pengguna yang menghala ke utara (Seremban/Kuala Lumpur) juga dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya di Plaza Tol Pedas Linggi.PLUS menasihatkan orang ramai mengikuti perkembangan trafik menerusi laman Twitter PLUSTrafik atau aplikasi PLUS Mobile Apps.
PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama orang ramai.PLUS juga memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh penggguna lebuh raya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2017 @ 12:32 PM

Comments

Popular posts from this blog

Budak 10 tahun antara diburu polis

  BERNAMA Labuan: Budak lelaki 10 tahun antara 86 orang yang diburu polis pulau ini berhubung kes rogol berkumpulan. Budak lelaki itu disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan kira-kira dua tahun lalu dan sejak itu, menghilangkan diri. Individu paling tua dalam kalangan 86 suspek dalam 'senarai dikehendaki' polis Labuan ialah lelaki berumur 69 tahun terbabit terlibat dalam kes tipu. Semua mereka dalam 'senarai dikehendaki' itu melakukan jenayah antara 2011 hingga tahun tahun lalu. Ketua Polis Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, mereka yang semuanya lelaki, diburu kerana melakukan jenayah seperti bunuh, rogol, ugut, menyebabkan kecederaan teruk, curi, pecah rumah dan gagal hadir di mahkamah. "Kebanyakan suspek adalah dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Selebihnya warga Indonesia atau Filipina" katanya pada sidang media di sini, hari ini. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek agar tampil me...

RUNNING MAN EPISODE 357 - FREE WATCH

RUNNING MAN EPISODE 357 WATCH HERE IF THE VIDEO HAD BEEN REMOVE => CLICK <= Show: Running Man Ratings:           2931 Stars | 650 Rates Guest(s): Hong Jin-young, Lee Sun-bin, Lee Tae-hwan (5urprise), Oh Ha-young, Son Na-eun (Apink), Son Yeo-eun Cast(s): Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Ha Ha, Song Ji Hyo, Lee Gwang Soo, Yang Se-chan, Jeon So-min Subbed by: VIU Aired on: 02-07-2017

LABUAN NEWS - KEJADIAN DI JALAN ARSHAD 21 July, 5:45pm.

LABUAN: kemalangan berlaku di jalan arshad kereta terbabas di percayai hilang kawalan ketika pemandu ingin memasuki simpang. Pemandu dan penumpang selamat dan tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Hati-hati di jalan raya.