KELEBIHAN KURNIAN ALLAH S.W.T
- GALLERY BATHAMIM (IN PROGRESS)
- RAWATAN BATHAMIM
- RUQYAH
- DOWNLOAD BUKU AMALAN
SEBELUM PERGI LEBIH LANJUT ELOKLAH UNTUK KITA TAHU CIRI-CIRI KELEBIHAN DAN SEBAB-SEBAB ALLAH BERIKAN KELEBIHAN
Di dalam Islam terdapat kelebihan luar biasa terdiri daripada 6 perkara. Dalam Islam kejadian luarbiasa ini boleh dibahagikan kepada
6 perkara.:
1. Mukjizat
2. Irhas.
3. Karamah
4. Ma'unah
5. Sihir
6. Istidraj.
Pertama : Mukjizat
Mukjizat adalah suatu kejadian luar biasa yang kadangkala menyalahi aturan dunia fizikal dan sukar dihuraikan dengan logik akal dan biasanya dikatakan sebagai campur tangan Allah. Mukjizat hanya dimiliki oleh Rasul dan Nabi yang diberikan Allah s.w.t kepada utusanNya.
Mukjizat ialah perkara yang nampak yang bertentangan dengan kebiasaan (yaitu hal yang luar biasa yang terhadi melalui) tangan Nabi atau Rasul setelah diutusnya (yang dilakukan) pada saat berdakwah (menyebarkan) misi kenabian dan kerasulan, seperti menghidupkan orang mati, menghilangkan gunung dan memancarkan air dari sela-sela jari jemari,laut terbelah dua, tongkat menjadi ular dan sebagainya.
Contoh mukjizat yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w adalah bulan terbelah dua, dhab (biawak padang pasir) boleh berkata-kata, awan sentiasa memayungi Nabi bila berjalan, batu pengisar tepung boleh berkata-kata dan sebaginya.
Mukjizat biasanya cabaran terhadap apa yang sedang menjadi ikutan pada zaman atau saat diturunkannya mukjizat tersebut. Mukjizat terbagi atas dua,iaitu:1. Mukjizat kauniyah:Tongkat nabi Musa a.s yang dilempar dan menjelma menjadi seekor ular besar adalah salah satu contoh dari mu’jizat kauniyah, laut terbelah dua bila tongkat dipukulkan ke laut2.Mukjizat aqliyah.Sedangkan sesuatu yang memerlukan akal sehat untuk mencernanya misalnya kitab-kitab suci itu dinamakan mukjizat aqliyah. Mukjizat al-Qur'an adalah contoh mukjizat aqaliah.
Kedua : Irhas
Irhas ialah perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada para Nabi dan Rasul semasa mereka masih kecil, sebagai persediaan sebelum dilantik menjadi Rasul.
Contoh :1. Nabi Isa a.s boleh bercakap semasa baginda masih dalam buaian.2. Ketika nabi Yusuf a.s. dibuang kesumur oleh saudara-saudara nya dengan harapan agar meninggal dan lenyap,malah oleh Allah diangkat derajatnya hingga menjadi penguasa negeri Mesir.3. Nabi s.a.w. dibedah di dadanya semasa kecil oleh malaikat Jibril.
Ketiga : Karamah
Karamah ertinya, kemuliaan. Kekuataan spritual yang diberikan kepada para wali Allah. Karamah menunjukkan sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan. Kurniaan yang paling besar ialah berkaitan pengetahuan mengenai Allah s.w.t..
Keadaan luar biasa atau keajaiban adalah takdir Ilahi. Ia bersumber daripada penetapan Ilahiyang selaras dengan sunttullah kerana ia adalah manifestasi kudrat Ilahi. Karamah tidak termasuk mimpi, ilham, kasyaf dan khayalan.
Seperti keistimewaan yang terjadi pada Siti Maryam. Beliau berada di dalam pemeliharaan Nabi Zakariya as., dan tidak seorang pun selain Nabi Zakaria dapat masuk ke tempat Siti Maryam berada. Nabi Zakaria, jika keluar dari sisi Siti Maryam beliau pasti menutup/mengunci tujuh pintu untuk menjaganya. Ketika Nabi Zakaria masuk ke mihrob Siti Maryam berada, beliau mendapati buah-buah musim dingin pada saat musim panas, dan mendapati buah-buahan musim panas pada saat musim dingin, maka beliau terkagum-kagum. Karena itu, lalu beliau bertanya kepada Siti Maryam mengenai jalan/cara sampainya rezeki tersebut kepadanya, bukan pada musimnya, padahal pintu-pintu tersebut terkunci dan penjaga selalu berkeliling di seputar kamar (ruangan beribadah) nya.Siti Maryam menjawab pertanyaan Nabi Zakaria, bahwasanya rezeki tersebut dari Allah dan sesungguhnya Allah akan memberikan rezeki kepada orang yang dihendakiNya, dengan tanpa perhitungan, sebagai bentuk pemberian Fadhol (kemurahan), dengan tanpa mengurang-ngurangi (Surah Ali-Imran ayat 37)
Dan seperti keistimewaan yang terjadi pada Fatimah Az-Zahra, ketika suatu ketika beliau menghadiahkan kepada ayahhandanya Nabi s.a.w dua potong roti dan sepotong daging yang diletakkan di dalam piring/mangkok yang ditutup. Lalu Nabi s.a.w mengirimkan kembali pembawa piring mangkok itu dan sesuatu yang bersamanya yaitu piring dan mangkok tersebut ke rumah Fatimah. Ketika Nabi s.a.w duduk dan berdiam diri pada tempat duduknya, di rumah Fatimah, maka baginda bersabda: Bawalah kemari piring tersebut wahai putriku.” Lalu Fatimah membuka piring tersebut tiba-tiba saja piring tersebut dipenuhi roti dan daging. Kemudian Nabi s.a.w. bertanya kepada Fatimah, “bagaimana kamu mendapatkan semua ini?”Siti Fatimah menjawab:” Semua ini berasal dari Allah. Sungguh Allah akan memberi rezeki kepada orang yang dikehendakiNya dengan tanpa perhitungan.”Kemudian Nabi s.a.w bersabda, “Segala puji bagi Allah s.w.t, yang telah menjadikanmu seeorang perempuan yang menyerupai pemimpin kaum perempuan Bani Israil”
Sayyidina Umar dapat melihat tenteranya di medan perang di Nahwad serta boleh berbicara dengan panglimanya dan tenteranya juga dapat mendengar ucapan Umar, sedangkan jarak antara mereka sangat jauh. Waktu itu Umar berada atas mimbar dalam masjid di Madinah. Beliau menulis surat kepada sungai Nil supaya banjir dan dengan izin Allah ianya banjir seperti biasa.
Demikian juga Khalid Al-Walid meminum racun setelah dicabar oleh musuhnya tanpa memberi apa-apa mudarat. Selain daripada itu insan lain yang mendapat kurniaan karamah termasuklah Syeikh Abdul-Kadir al-Jailani, Rabiatul Adawiah, Ibrahim Adham , Tok Kenali, Habib Noh dan lain-lain lagi.
Keempat : Ma'unah
Ma'unah ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang Mukmin yang awam dan soleh, yang apabila ditimpa sesuatu musibah atau suatu perkara ke atas dirinya mereka terus melipat gandakan pergantungan dan keimanan kepada Allah serta memantapkannya melalaui pelbagai wirid, solat sunat, puasa serta amalan sunat yang lain.
Ma'unah merupakan suatu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri dari segi zahir dan batin para hambanya yang soleh. Mereka tidak merasa sedih atau kecewa sekirannya permintaan mereka tidak ditunaikan oleh Allah.Perlindungan yang diberikan oleh Allah karena disitu ada hambanya yang soleh dan dikasihi
Kelima : Sihir
Kejadian luar biasa yang diberikan atau dilakukan atas pertolongan jin dan syaitan.
Sihir adalah kesepakatan antara tukang sihir dan syaitan dengan ketentuan bahwa tukang sihir akan melakukan berbagai keharaman atau kesyirikan dengan imbalan pemberian pertolongan syaitan kepadanya dan ketaatan untuk melakukan apa saja yang dimintanya.
Ilmu sihir boleh dipelajari melalui tukang sihir atau bomoh-bomoh. Mempelajari sihir boleh menjadikan seseorang syirik kepada Allah s.w.t. Sihir biasanya digunakan untuk mendatangkan mudharat kepada seseorang dengan bantuan jin dan syaitan tetapi kesemuanya adalah dengan izin Allah.
Ibnu Qudamah Al-Maqdisi mengatakan," Sihir adalah ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan maupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya. Sihir ini mempunyai hakikat, diantaranya ada yang bisa mematikan, membuat sakit, membuat seorang suami tidak dapat mencampuri istrinya atau memisahkan pasangan suami istri, atau membuat salah satu pihak membenci lainnya atau membuat kedua belah pihak saling mencintainya"
Keenam : Istidraj
Istidraj adalah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah kepada seseorang tetapi dengan tujuan Allah s.w.t ingin membinasakannya.
Keluarbiasaan yang menambah keburukan, kehinaan dan kebinasaan atas mereka yang mendapat keluarbiasaan itu, hingga sampai masa Allah binasakan mereka, ia berlaku dalam keadaan mereka lupa.Bukan sahaja mereka lupa dan tidak sedar, malah tatkala Allah menghukum mereka, tiada manusia yang membantahnya lantaran lengkapnya segala syarat untuk Allah membinasakan mereka. Tiada lagi ragu-ragu atas kejahatan mereka.Itulah keburukan istidraj.istidraj.
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.(Surah Al-A'raaf ayat 182)
Istidraj datang beransur-ansur. Rupanya luar biasa. Tujuannya adalah binasa. Kebinasaan buat manusia yang menerimanya. Lantaran kejahatan dan kezaliman mendustakan ayat-ayat-Nya.Sekumpulan manusia tidak pernah serik dengan kezaliman, penipuan dan kejelikan yang bertimpa-timpa. Kejahatan demi kejahatan, penyelewengan demi penyelewengan, salah laku yang sudah dianggap biasa… namun semakin buruk prestasi kumpulan itu, sokongan yang diterima semakin padu.Namun bagi kumpulan zalim yang mendapat nikmat dari kedunguan sokongan yang dinikmatinya itu, segala ‘kemanisan’ itu mungkin sekadar ISTIDRAJ dari Allah untuk menyempurnakan kezaliman mereka.Agar bila sampai masa Allah menghukum dan mengazab mereka… tiada manusia yang akan membantah, kerana telah sempurna syarat-syaratnya.
Daripada Nabi sallaLlahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah ISTIDRAJ”. Lalu Rasulullah sallaLlahu ‘alayhi wa sallam membaca (surah al-An’aam ayat 44):Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).(Hadith riwayat Ahmad)Jika suatu ilmu pendinding itu boleh menampakkan perkara pelik dan luar biasa ianya bukan karramah atau ma'unah ianya samaada jatuh kepada sihir atau istidraj (kedua-duanya dilarang oleh agama). Elakkanlah memperlajarinya kerana ianya melibatkan pertolongan jin-jin yang boleh menyesatkan akidah kita seperti ilmu pengasih, ilmu kebal, ilmu batin, boleh bersilat tanoa belajar silat dan sebagainya.Wallahu a'lam.
Comments
Post a Comment