Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

KORBAN NYAWA DEMI NYAWA

Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my PEMANDU lori tangki bawa muatan asid maut selepas kenderaannya terbalik ketika mengelak kereta di KM251.6 lebuh raya PLUS, arah selatan dekat Plaza Tol Senawang, awal hari ini. Surazru Mohamed Sakeri, 37, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala muatan 25,000 liter asid yang dibawanya turut tumpah di tempat kemalangan. Kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Vios dari arah Seremban ke Johor dipercayai hilang kawalan dan terbabas, pada kira-kira 3 pagi. Keadaan itu menyebabkan menyebabkan lori tangki yang berada di belakang kereta itu mengelak tetapi terbalik. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Zainurin Sharif, berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.22 pagi. Menurutnya, empat jentera dengan kekuatan 20 pegawai dan anggota termasuk Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) terbabit dalam operasi itu. "Bomba tiba di lokasi 10 minit kemudian dan segera mengeluarkan pemandu lo...

LABUAN - Bekas pengarah JKR mengaku tidak bersalah [METROTV]

Syah Rul Aswari Abdullah srul@hmetro.com.my BEKAS pengarah JKR Labuan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini, bagi menghadapi dua dakwaan salah guna kuasa membabitkan nilai hampir RM8,000 pada 2015. Tertuduh, Ismail Che Ros, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Abu BakarManat. Ismail dituduh menerima suatu benda berharga tanpa balasan iaitu pakej penginapan dan golf bernilai RM2,880.90 di Sutera Harbour Resort, di Kota Kinabalu, daripada seorang kontraktor pembinaan jalan raya. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima suatu benda berharga tanpa balasan iaitu wang tunai RM5,000 daripada kontraktor yang sama. Perbuatan itu dilakukan walaupun mengetahui bahawa kontraktor terbabit mempunyai kaitan dengan tugas rasminya membabitkan projek pembinaan jalan pintas Kampung Gersik, Labuan. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, antara 5 dan 7 Ogos 2015...

RUNNING MAN EPISODE 362

RUNNING MAN EP 362 Show: Running Man Ratings:           1206 Stars | 252 Rates Guest(s): Park Seo Joon, Kang Ha Neul Cast(s): Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Ha Ha, Song Ji Hyo, Lee Gwang Soo, Yang Se-chan, Jeon So-min Subbed by: VIU Aired on: 06-08-2016

RUNNING MAN EPISODE 361 - FREE WATCH

RUNNING MAN EP. 361 Show: Running Man Ratings:           3357 Stars | 703 Rates Guest(s): Jo Se-ho, Park Geun Shik, Na Eun (Apink), Kim soo-yong, Tae Hang Ho, Song Ji Hyo's Brother Cheon Seong Min, Jeon So Min's Brother Jeon Woo Min, Kim Jong Kook's Brother Kim Jong Myeong Cast(s): Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Ha Ha, Song Ji Hyo, Lee Gwang Soo, Yang Se-chan, Jeon So-min Subbed by: VIU Aired on: 30-07-2017

JODOH KA TIDAK?

Hazril Md Nor Gen.y@hmetro.com.my Sudah lama berhubung dengan pasangan, tetapi keliru dengan sikapnya. Mungkin dia ada orang lain ataupun dia masih berpura-pura bersama dengan kita hanya untuk mengambil kesempatan sehinggakan timbul tanda tanya. Itu persoalan sering melanda remaja masa kini. Sampai ada satu tahap kita mula mempersoalkan adakah dia jodoh ataupun hubungan itu hanya bertahan dalam jangka pendek. Tanda 1 Pertama, kamu boleh lihat daripada beberapa faktor antaranya persefahaman dan tolak ansur. Selama mana kamu bersamanya, adakah dia seorang yang suka mengikut kepala sendiri? Atau terbuka menerima pendapat? Biasanya, pasangan yang sudah lama akan dapat melalui segala rintangan kehidupan bersama-sama tanpa mengundang masalah lain membabitkan pihak ketiga. Dalam situasi sukar sekalipun kamu berdua dapat mengendalikan situasi itu dengan baik. Tanda 2 Adakah si dia suka ‘control macho’ atau ‘cover anggun’ setiap masa dengan kamu? Kalau seminggu b...

PAPAR-Ghost Driver Terbakar

3 Ogos 2017 PAPAR – Dua kenderaan iaitu Nissan Patrol dan Isuzu Dmax terbakar setelah bertembung dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di jalan Kampung Kelatuan sini petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, ketika anggota kami tiba di lokasi kejadian, 80 peratus kereta Nissan Patrol itu telah terbakar dan Isuzu Dmax pula terbakar sebanyak 30 peratus. “Pihak kami telah menerima panggilan kecemasan itu pada jam 2.50 petang. Lima mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu mengalami kecederaan ringan, dimana kesemua mereka telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota kami tiba di lokasi terbabit. “Lima mangsa itu mengalami kecederaan ringan dan telah dikejarkan ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. Lima mangsa yang terlibat ialah Lina Chung Shaw Yen (34), Leonard Jr. Bernard (7), Albert Jon Banico (43), Harrlod Tan Kuan Min (20), dan Lo Wei Der (45).

BELANGGAR SECARA BERDEPAN - LABUAN (12 jun)

Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@hmetro.com.my LELAKI berusia 24 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan Toyota Land Cruiser di Jalan Tanjung Batu berhampiran Simpang Hotel Tiara, dekat Labuan, malam tadi. Dalam kejadian 11.05 malam itu, mangsa, Jaxmiron Jahilin, 24, yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kemalangan. Pemandu Toyota Land Cruiser berusia 66 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah bandar menuju ke Membidai. "Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM dipercayai berlanggar dengan Toyota Land Cruiser dari arah depan. "Akibat kejadian itu, penunggang maut di lokasi kejadian," katanya di sini, hari ini. Adzhar berkata, mayat dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk proses bedah siasat. "Siasatan diteruskan mengi...

ISTERI KOREA 'KECEK KELATE'

Siti Rohana Idris am@hmetro.com.my Kota Bharu: Ketika tiba di pekarangan rumah di Kampung Padang Bongor, di sini, semalam, kelihatan pasangan suami isteri muda mengait rambutan. Si suami lelaki berbangsa Melayu, anak jati Kelantan, manakala isterinya berlainan dari segi bangsa, kulit, penampilan dan perwatakan. Pasangan itu ialah Muhamad Khalid Ismail, 29, dan Lee-Seul, 28, rakyat Korea Selatan yang perkahwinan mereka tular di media sosial sejak April lalu. Kisah mereka pernah disiarkan Harian Metro Online pada 17 April. Sebelum itu, Muhamad Khalid sendiri tular di media sosial sejak Februari kerana fasih berbahasa Korea dan pernah muncul di stesen televisyen Korea Selatan untuk program realiti selain sempat berkongsi keunikan Malaysia. Kedua-duanya yang menetap di bandar Gunpo, Gyeonggi, Korea Selatan pulang ke Malaysia untuk bercuti sejak Ahad lalu dan memperkenalkan Lee kepada sanak-saudara di Kelantan. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanj...

BOOST YOUR IMPRESSION, CPM, CPC RATE NOW.

REGISTER NOW CLICK HERE

Tarif, rebat elektrik kekal hingga Disember

gambar sekadar hiasan Mohd Ruzaini Zulkepli am@hmetro.com.my PENGGUNA di Semenanjung, Sabah dan Labuan kekal menikmati kadar tarif dan rebat elektrik sedia ada bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini. Ini berikutan keputusan kerajaan untuk tidak membuat semakan tarif atau rebat elektrik di ketiga-tiga kawasan sepanjang tempoh berkenaan seperti dipersetujui Jemaah Menteri pada 21 Jun lalu. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, Jemaah Menteri bersetuju untuk membelanjakan RM1.303 bilion bagi menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada pengguna di Semenanjung, manakala RM468 juta di Sabah dan Labuan. "Sejajar dengan keputusan itu, kadar purata tarif elektrik asas di Semenanjung kekal pada kadar 38.53 sen perkilowatt jam (kWj), manakala 34.52 sen per kWj bagi Sabah dan Labuan. "Kerajaan juga bersetuju memberi rebat keseluruhan kos pembekalan elektrik sebanyak 2.54 sen ...

Kereta 'd3v1L' masuk balai

Mohd Ruzaini Zulkepli hmkk@hmetro.com.my Kota Kinabalu: Ketaasuban seorang penjawat awam dengan nombor pendaftaran ‘D3V1L’ bermaksud syaitan membawa padah selepas dia ditahan polis manakala Perodua Vivanya disita dalam kejadian di Kompleks Asia City, dekat sini, jam 2 petang kelmarin. Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada operasi khas di Jalan Coastal berhampiran kompleks Asia City selepas anggota polis trafik terserempak dengan keretanya yang diparkir di tepi jalan. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran Perodua Viva terbabit adalah palsu. Pada masa sama, Perodua Viva terbabit turut tidak mempunyai sebarang rekod cukai jalan. “Operasi khas diketuai Inspektor Sallehuddin Sulaiman dari Balai Polis Trafik Kota Kinabalu itu mendapati nombor pendaftaran D3V1L yang membawa maksud syaitan itu tidak mempunyai sebarang rekod sah dan didapati palsu. “Pemiliknya ditahan di lokasi itu m...

Penyu Labuan

Labuan rekod 98 peratus anak penyu yang dieram dilepaskan ke laut  Februari 10, 2017 14:37 MYT LABUAN : Usaha bersepadu untuk meningkatkan populasi penyu di sini menyaksikan kira-kira 98 peratus daripada 10,450 biji telur penyu yang dieram menetas dan dilepaskan ke laut bagi tempoh 2011-2015. Pengarah Jabatan Taman Laut Labuan Anuar Deraman berkata sepanjang tempoh itu, Pulau Rusukan Besar yang menjadi tumpuan penyu karah (Eretmochelys imbricata) dan penyu hijau (Chelonia mydas), merekodkan 4,857 telur. Sebanyak 3,506 telur direkodkan di Pulau Rusukan Kecil, lebih 2,200 telur di Pulau Kuraman dan 231 biji di Kiansam iaitu taman laut yang tidak diwartakan, katanya kepada Bernama di sini. "Amnya peratusan hidup telur yang dieram meningkat setiap tahun sejak 2011. Usaha kami untuk memulihara penyu dengan menetaskan telur mereka serta melepaskan anak penyu ke laut sejak lima tahun lalu adalah berjaya," katanya. Beliau juga berkata sekurang-kurangnya 20 sar...

Budak 10 tahun antara diburu polis

  BERNAMA Labuan: Budak lelaki 10 tahun antara 86 orang yang diburu polis pulau ini berhubung kes rogol berkumpulan. Budak lelaki itu disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan kira-kira dua tahun lalu dan sejak itu, menghilangkan diri. Individu paling tua dalam kalangan 86 suspek dalam 'senarai dikehendaki' polis Labuan ialah lelaki berumur 69 tahun terbabit terlibat dalam kes tipu. Semua mereka dalam 'senarai dikehendaki' itu melakukan jenayah antara 2011 hingga tahun tahun lalu. Ketua Polis Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, mereka yang semuanya lelaki, diburu kerana melakukan jenayah seperti bunuh, rogol, ugut, menyebabkan kecederaan teruk, curi, pecah rumah dan gagal hadir di mahkamah. "Kebanyakan suspek adalah dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Selebihnya warga Indonesia atau Filipina" katanya pada sidang media di sini, hari ini. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek agar tampil me...

TRAGEDI PERCUTIAN-LABUAN

Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@hmetro.com.my Labuan: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang juga penuntut jurusan perubatan universiti di Russia maut selepas kereta Nissan Skyline dipandunya terbabas dan merempuh pokok di Jalan Bukit Timbalai, di sini, jam 12.40 tengah malam semalam. Joshua Shak Gin Vui disahkan mati di lokasi akibat parah di badan dan kepala. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bercuti dan pulang ke kampung halamannya di Labuan bagi menyambut Tahun Baru Cina. Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, siasatan mendapati mangsa memandu dari Kampung Sungai Miri ke pusat bandar. “Tiba di lokasi, kereta dipandunya hilang kawalan selepas melalui selekoh dan terbabas sebelum merempuh pokok. Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dikeluarkan anggota bomba. “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Nukleus Labuan untuk proses selanjutnya,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sementar...

Berbogel lepas geram

Berbogel lepas geram   Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Seorang suri rumah berusia 22 tahun dihantui kesilapan sendiri selepas membenarkan teman lelaki warga asingnya merakam video dia berbogel. Terdahulu, mangsa yang dikenali sebagai Eveline berkata, dia mengenali lelaki bernama Yuen Long, 26, berasal dari Hong Kong sejak dua tahun lalu melalui aplikasi WeChat sebelum hubungan mereka bertambah intim. “Saya mengetahui suami curang dengan seorang wanita dan berniat mahu membalas dendam. Niat saya hanya untuk melepaskan geram terhadap suami dengan curang bersama lelaki lain. “Saya dan Yuen kemudiannya saling bertukar gambar sehinggalah pada April lalu, dia mengajak saya untuk membuat panggilan video. Yuen kemudiannya meluahkan kata-kata cinta sebelum meminta saya untuk berbogel,” katanya ketika ditemui di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA di sini. Menurut Eveline, dia menuruti kemahuan Yuen kerana terlalu marah dengan perbuatan suami...