Shah Alam: Dua wanita berdepan detik mencemaskan apabila diganggu seorang lelaki gila seks yang menunjuk kemaluannya di atas motosikal, petang kelmarin.
Dalam kejadian pertama 5.50 petang, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mira, 19, berkata, dia ketika itu sedang menunggu rakannya di perhentian bas berdekatan Masjid Ar-Rayyan, Seksyen 7.
“Ketika itu saya berseorangan sebelum secara tiba-tiba seorang lelaki memakai topeng penutup mulut menunggang motosikal jenis Yamaha LC memperlahankan kenderaan lalu berhenti di depan saya.
“Dia kemudian memanggil saya dengan panggilan Adik lalu membuka zip dan menunjukkan serta mengusap kemaluannya sebelum saya melarikan diri ke dalam masjid,” katanya di sini semalam.
Dia kemudian meminta bantuan jemaah masjid membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9 kelmarin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Comments
Post a Comment