Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my PEMANDU lori tangki bawa muatan asid maut selepas kenderaannya terbalik ketika mengelak kereta di KM251.6 lebuh raya PLUS, arah selatan dekat Plaza Tol Senawang, awal hari ini. Surazru Mohamed Sakeri, 37, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala muatan 25,000 liter asid yang dibawanya turut tumpah di tempat kemalangan. Kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Vios dari arah Seremban ke Johor dipercayai hilang kawalan dan terbabas, pada kira-kira 3 pagi. Keadaan itu menyebabkan menyebabkan lori tangki yang berada di belakang kereta itu mengelak tetapi terbalik. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Zainurin Sharif, berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.22 pagi. Menurutnya, empat jentera dengan kekuatan 20 pegawai dan anggota termasuk Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) terbabit dalam operasi itu. "Bomba tiba di lokasi 10 minit kemudian dan segera mengeluarkan pemandu lo...
PERKONGSIAN PELBAGAI * TEKNOLOGI INFORMASI * PENYELESAIAN MASALAH * TIPS-TIPS HARIAN